frame sara.jpg
frame sara.jpg
Ucapan Pengetua
Jan 04, 2010 at 12:00 AM

images/stories/pengetua.jpg    Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Marilah sama-sama kita melafazkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana kita dipertemukan lagi dalam tahun baru 2010. Semoga pertemuan ini menautkan hati kita ke  arah satu niat dan matlamat iaitu memperjuangkan martabat pendidikan. Saya mengharapkan tahun 2010 merupakan tahun transformasi dan bermulanya era perubahan. 

 

Harapan saya pada tahun baru ini, para pelajar dapat merubah sikap agar mementingkan pendidikan sebagai tunggak kehidupan. Sikap dan tinglahlaku yang negatif harus dihapuskan dan diganti dengan semangat dan iltizam baru. Pencapaian peperiksaan sekolah ini telah menunjukkan peningkatan dan diharapkan agar kecemerlangan ini dapat diteruskan pada tahun ini serta pada masa yang akan datang.

 

Sesuatu perubahan itu tidak berlaku sebegitu sahaja . Kita juga berubah bukan kerana orang lain berubah. Perubahan adalah bertujuan untuk penambahbaikan. Tambah nilai bagi setiap kerja kita adalah sebahagian daripada perubahan. “Hari ini adalah lebih baik daripada semalam” merupakan konsep kualiti yang begitu tinggi nilainya. Oleh  itu, proses penambaikan juga melambangkan proses yang berterusan.

 

Jadikan moto sekolah “Berilmu, Berakhlak dan Beretika” sebagai pegangan hidup para pelajar sekolah ini. Sekian terima kasih.

 

Statistik Laman

Members: 11
News: 40
Web Links: 0
Visitors: 6795
 
EduWebTV
EMiS
egTukar
hrMis
SAD
H1N1
Laman Popular Daerah Segamat

Ketahui tentang Influanza A - H1N1 Semakan Pembiayaan / Pinjaman Bagi Kenderaan & Komputer

Di Talian Sekarang

We have 2 guests online